Islam Dini. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

12 Disember 2010

Tinta 1: Merenungi kisah semalam =_=

(relax mode on**) Ahamdulillah..baru je habis kemaskn rumah..Allah..apa yang harus ana lakukan? adakah terus mendiamkn diri atau..??persoalan itu terus dan terus menyelebungi fikiran ana...arghh..lupakn je.macam mana nak lupa?? Allah,berikan lah ana kekuatan dalam mengharungi ujianMu!
Teringat pula pada satu kisah,
Rasulullah saw bersabda;

"Wahai Rabi’ah, mintalah kepadaku”. Rabiah berkata: “Wahai Rasulullah biar aku fikirkan sebentar. Lalu aku mengingat-ingat dunia serta kefanaannya sehingga aku berkata: “Aku tidak akan meminta kecuali akhirat. Kemudian aku mendatangi Baginda SAW dan berkata: “Aku meminta supaya aku boleh menemanimu di syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Rabi’ah adakah yang selain dari itu? Aku menjawab: Itu saja. Maka Rasulullah SAW bersabda lagi: Berjanjilah untuk kamu mengendalikan hawa nafsumu dan banyakkan sujud (nescaya kamu akan menemaniku di syurga).”

Alangkah kuatnya keimanan dan akidah Rabi'ah..adakah ana mampu menjadi sepertinya? merindukan SYURGA bersama Rasulullah SAW,kekasih Allah.. hmm.."RINDU" ??..ya..itulah jawapannya..rindu pada kisah semalam..yang telah membuat ana terlena dln mimpi serta buaian yang diiringi suara yang merdu..namun,semuanya sudah setahun berlalu. Nur, lupakn je lh smua tu...usah diingati..yg dah hilang..akan tetap hilang...biarkan smua nya pergi jauh dr hidupmu!


Baiklah..dgn bermulanya tahun hijrah yg baru ni, akan ana teruskn hidup ini dengan penuh perjuangan tanpa berundur kembali pada kisah semalam..krn ana sedar kisah semalam tu sudah menjadi impian dan angan2 yg indah buat sementara saja..biarkan ianya terus terkubur dalam kitab yang lama..BUKAN dalam lembaran yg baru..^_^ InsyaAllah..mungkin smuanya ujian dan cubaan dr Allah utk ana..ana redha dan yakin bahawa Allah tau yg terbaik utk ana..Hidup ini bukan suatu jalan yang mendatar dan dihiasi dengan bunga mawar nan wangi melainkan adakalanya disirami dengan airmata dr insan yang sedang mencari makna kehidupan..



Ya Allah sesungguhnya,
Aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu...



Ya Allah,
Kuatkanlah hati dan semangatku!

"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya."


-Hassan Al-Banna-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan