Islam Dini. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

31 Disember 2010

Tinta 3 : Salam Tahun Baru Masihi 2011

tok3!! Assalamualaikum~ (selamba mode on)
gosok2 mata...gosok2 mata...pejam celik..pejam celik..Allah! 2010 Selamat Tinggal~ huhuhu..selamat tinggal thn yg paling menguji keimananku! pergilah dikau bersama tiupan angin malam..

Alhamdulillah!! fuhhhhh...lega rasanya bila dah sedar masuk thn baru..jd JOM SET AZAM baru!! mudah2an sgala apa yg dh terjadi spnjg thn 2010 menjadi iktibar dlm hdup ana utk "berhijrah" ke arah yg lebih diredhai Allah..insyaAllah!
Persoalannya berbunyi....? jeng3....
Ada apa dengan 2011?
1. SPM ( wahhhhh...best nyeeee!!)
2. Adik UPSR
3. Abang last semester (matrikulasi) !!
4. Meneruskan kehidupan "menyinglekan diri" --haha!
5. Meneruskan perjuangan dalam bermujahid kepada Allah ( ingat..IKHLAS dlm beribadah jgn dilupakan..)
6. Jaga hati parents, schoolmatesssss, cikgu =_= n yg pntg jga hubungan dgn Allah~
7. Mengawal diri drpd terlalu emo~ lalalallala
     ........n the last is...........
Berusaha menjadi KEKASIH kepada Kekasih! InsyaAllah!!!

Allah....betapa nikmatnya rasa syukur ini ya Allah! Terima kasih Allah..! ^^'
Kuatkanlh hatiku...kuatknlh imanku...agarku tidak mudah rapuh dari terus mengejar cintaMu..
sampaikan salam rindu hambaMu ini kepada kekasihMu Allah (Muhammad Rasulullah SAW)..Amin.

kepada pembaca;
teruskan perjuangan kita dlm mencari keredhaan Allah! :) <3 <3

30 Disember 2010

Hadiah Dari Allah

ehem3! Assalamualaikum pembuka bicara..~ wah...hehehe..
(blur mode on!) hello2..testing3...ONE..TWO..THREE..?? ok2..dh sedia da nie..Alhamdulillah..

..Hadiah Allah Di Dunia Untuk Orang Bertaqwa       
Kehidupan orang-orang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah janjikan pelbagai ‘hadiah’, sebagaimana digambarkan-Nya di dalam al-Quran.

 1.        Sentiasa mendapat petunjuk
“Mereka itulah (orang-orang bertakwa) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Al-Baqarah: 5)

2.        Diberi penyelesaian dari masalah
“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan diberikan kepadanya jalan keluar.” (At-Thalaq: 2)

3.        Dipermudah segala urusan
“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya.” (At-Thalaq: 4)

4.        Mendapat rezeki dari sumber tidak terduga
… dan memberinya (orang bertakwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga.” (At-Thalaq: 3)

5.        Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)
“Sesungguhnya Allah menghasihi orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran: 76)

6.        Mendapat keberkatan dari langit dan bumi
“Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi.” (Al-A’raf: 96)

7.        Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan dari Allah
“Dan kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa.” (Al-Fussilat: 18)“… dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah berserta (menolong dan melindungi) orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah: 194)

8.        Mendapat kemenangan
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan.” (An-Naba: 31)

9.        Terpelihara dari tipu daya musuh
“Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.” (Ali Imran: 120)

10.    Diberikan ‘furqan’ (petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah)
Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan.” (Al-Anfal: 29)

14 Disember 2010

Tinta 2 : Perjalanan terus dicari..:)

(kenyang mode on**) errkk..Alhamdulillah..emm..ketika makan tdi ana terfikir pula kat nasib2 keluarga yg kurang upaya ( yg hdupnya bagai kais makan pagi,kais petang mkn petang tu..) agaknya apa yg diaorg mkn eh?? huhu..Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pemberi rezeki..mudah2an keluarga tersebut Allah limpahkan rezeki yg halal lagi baik..Amin.

Allah..slps ni ana nak buat apa ek? cuti ni buat ana makin sepi..tanpa kehadiran sahabat di sisi..huhu..takpe..Allah kn ada..:) :) LOVE U ALLAH!
Ana rs kan..ana nk buat belajar chemistry pasni..tp..sebelum tu..ana nk kongsi sedikit tntg pembacaan ana tntg  Nafisah Binti Hasan..~

Nama diberi Nafisah binti Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abi Talib..dilahirkn di Mekah pd tahun 145 Hijrah..Dia telah menghafal Al-Quran semenjak kecil lagi dan seklaigus mempelajari ilmu tafsir..Dia juga merupakan salah seorang dari perawi hadis..jdi tidak hairanlah jika Imam Syafie sendiri juga pnh meriwayatkan hadis dari Nafisah. Dan tidak hanya itu shj, Imam Ahmad bin Hambalpun pnh juga meminta doa daripada Nafisah..

Pada zamannya, dia dikenali sbg wanita yang paling makbul doanya..Sehingga pd ketika Imam Syafie meninggal dunia , dia sangat sedih dan meminta agar jenazah Iman Syafie dibawa singgah ke rumahnya agar dia boleh mensolatkan Imam Syafie dan seklaigus mendoakannya..Dia telah menggali kuburnya sendiri pd ketika dia mula merasa sakit. Dia sentiasa menunaikan solat dan mmpu mengkhatam Al-Quran sebanyak 190 kali di dalam kuburnya itu..Subhanallah!

Dan akhirnya dia telah meninggal dunia pada ketika membaca surah Al-An'am. Tepatnya pada ayat:
" Bagi mereka ( disediakan ) Darussalam ( syurga ) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal2 soleh yg selalu mereka kerjakan" ( Surah Al-An'am:127)
Setelah membaca ayat tersebut, dia lantas tertidur dan kemudian meninggal dunia..Dia dikebumikan di Mesir, tempatnya di kota Kaherah..

Subhanallah...byk lagi cerita mujahidah dan para wanita solehah yg belum ana baca..insyaAllah..kalo ana ade kesempatan utk berkongsi nanti..ana kongsi2 k..:)
Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada kisah Nafisah, mujahidah sejati...dan terus mencontohi beliau dalam kehidupan seharian kita! jom2!

Chemistry! Tunggu!! hehehe! Assalamualaikum~ ^_^

Bicara Cinta 1

(nasyid mode on**) Subhanallah...tenang rsnya hati selepas membaca Al-Quran..memang benar Firman Allah: "Dengan mengingatiKu(Allah) hati menjadi tenang..."
Allah..sesungguhnya Engkau Maha Indah..Maha Mengetahui...dn Maha segala2nya...CiptaanMu sungguhhhhhhhhhh cantik Ya Karim..tntu kekasihMu juga cantik..diriku sering membaca dan juga mendengar tntgnya Allah...Aku merinduinya..x dapat kubayangkn seorang Rasul Allah dimana wajahnya terpancar NUR IMAN drpdMu ..Dia insan yg mulia..Dia jugalah insan TERPUJI yg diturunkn kpd kami (umt Muhammad)..Terima kasih Allah..! InsyaAllah. Akn kujadikan dirinya sebagai "role model" dlm kehidupanku..

Ya Hakim, tntg sahabat karibnya pula...Abu Bakar(sentiasa yg pertama) ..teman akrab Rasulullah SAW, sahabat setianya,tempat curahan hatinya,tempat menyimpan rahsianya dan sahabat yg diajak bermusyawarah..Dia juga lelaki pertama yg memeluk Islam, org yang palinggg tulus imannya,org yg paling baik menemani Rasulullah SAW, yg paling byk kebaikannya,yg paling mulia pd masa dulu,yg paling mirip dgn Rasulullah dlm hal petunjuk dan jalannya..dan diriMu telah menamaknnya dalm Al-Quran dgn nama As-siddiq..

Allah SWT berfirman: "Dan (nyatakanlah bahwa) yg membawa kebenaran(tauhid dan hukum agama) serta dia( dan pengikutnya2nya) mengakui kebenarannya(dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah org-org yg bertaqwa". -Surah Az-Zumar:33

Allah, adakah ada lagi insan2 yg mulia seperti itu?
Hadiahilah kami ya Allah..penolong2 dariMu..dalam membimbing kami..ke jalan yg lurus..sesungguhnya kami hamba yg mudah leka..alpa..riak..dgn apa yg telah Engkau kurniakan ( kesenangan,kesihatan tubuh bdn, dan Duniawi) ...Ya Rahman..dunia ini kurasakan semakin byk penipuan dan kemusnahannya..telah byk hati2 yg telah hilang kesuciannya...terlalu byk insan2 yg jatuh tidak kembali berdiri..bantulah kami (hambaMu)..Kuatkanlh iman kami dari terus lalai dengan bisikan Syaitan..dan kembali berdiri menegak tiang agamaMu! Amin..:)

13 Disember 2010

Terima Kasih Allah!

Apabila hati ini meronta-ronta kesakitan, apabila berjurai air mata mengalir, ada insan hadir, cuba membuat kita mengukirkan senyuman. Ada insan hadir membuatkan kita ceria sebentar. Biarlah hanya sebentar. Kerana itu tanda Allah berada di sisi kita. Jangan bersedih..kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya, jalannya dihiasi duri-duri luka..tidak dibiarkan lena dalam nikmat yang melimpah tetapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah. Tanpa dugaan yang Allah beri hingga ke hari ini, kita pasti  akan menjadi lemah, alpa, khilaf.

"Kami sayangkan kamu"
"Allah paling sayang kamu.. tenang-tenang sudah"
"Mabruk jiddan!"

MasyaAllah! Terima kasih Allah! Terima kasih kawan! Move on move on!! Bangun, bangun! Kamu tidak akan pandai jika kamu mahu terus berada di zon selesa! Bangun dan berjalan, kejarlah masa! Bangun dan lihatlah, kamu ketinggalan! Bangun dan sedarlah, Allah sayang kamu.... Terus bangun, berdiri, bukalah langkah kamu, tidak perlu melihat keseluruhan jalan, hanya buka langkah, dan teruskan... Moga Allah permudahkan segala urusan ummat Nabi Muhammad, ummat akhir zaman yang terpilih.

Saudaraku... teman-temanku... alangkah lenanya kita selama ini. Sungguh alpa kita dewasa ini. Tidak boleh dinafikan, MANJA sungguh kita. Ana akui, ana juga sama. Ya Allah, syukur. Allah beri dugaan, untuk menguatkan semula hati kita, Allah beri dugaan, kerana SAYANG-NYA pada kita. Tegakkanlah semangat kita bersama-sama segumpal azam, kental dan teguh, sekukuh Kaabah waktu diserang Abrahah! Kuatkanlah azammu menghadapi dunia yang akan memerah darah dan keringat sebelum ia mengetawakan keputusanmu! Move on!

Pandang kanan, kiri.. tiada sesiapa bisa membantumu? Pandang bawah, bumi seolah-olah berat menerimamu? Pandang ke atas! Ya Allah, langit terbentang luas kepada kita, luas lagi kasih-sayang-Nya, keampunan-Nya! Ya Allah, bebasnya burung itu terbang ke sana ke mari... cantiknya awan menghiasi dada langit, cantik sungguh ciptaan Allah, namun kitalah; manusia, semulia-mulia ciptaan, secantik-cantik ciptaan! Sahabat... jangan malu meminta pada Allah.. jangan segan memohon cinta Allah, jangan jelek menerima hadiah Allah; DUGAAN. Sayangnya Allah pada kita... itu cara Allah memberi kasih-sayangNya... ya Allah, terima kasih Ya Rabb.

12 Disember 2010

Tinta 1: Merenungi kisah semalam =_=

(relax mode on**) Ahamdulillah..baru je habis kemaskn rumah..Allah..apa yang harus ana lakukan? adakah terus mendiamkn diri atau..??persoalan itu terus dan terus menyelebungi fikiran ana...arghh..lupakn je.macam mana nak lupa?? Allah,berikan lah ana kekuatan dalam mengharungi ujianMu!
Teringat pula pada satu kisah,
Rasulullah saw bersabda;

"Wahai Rabi’ah, mintalah kepadaku”. Rabiah berkata: “Wahai Rasulullah biar aku fikirkan sebentar. Lalu aku mengingat-ingat dunia serta kefanaannya sehingga aku berkata: “Aku tidak akan meminta kecuali akhirat. Kemudian aku mendatangi Baginda SAW dan berkata: “Aku meminta supaya aku boleh menemanimu di syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Rabi’ah adakah yang selain dari itu? Aku menjawab: Itu saja. Maka Rasulullah SAW bersabda lagi: Berjanjilah untuk kamu mengendalikan hawa nafsumu dan banyakkan sujud (nescaya kamu akan menemaniku di syurga).”

Alangkah kuatnya keimanan dan akidah Rabi'ah..adakah ana mampu menjadi sepertinya? merindukan SYURGA bersama Rasulullah SAW,kekasih Allah.. hmm.."RINDU" ??..ya..itulah jawapannya..rindu pada kisah semalam..yang telah membuat ana terlena dln mimpi serta buaian yang diiringi suara yang merdu..namun,semuanya sudah setahun berlalu. Nur, lupakn je lh smua tu...usah diingati..yg dah hilang..akan tetap hilang...biarkan smua nya pergi jauh dr hidupmu!


Baiklah..dgn bermulanya tahun hijrah yg baru ni, akan ana teruskn hidup ini dengan penuh perjuangan tanpa berundur kembali pada kisah semalam..krn ana sedar kisah semalam tu sudah menjadi impian dan angan2 yg indah buat sementara saja..biarkan ianya terus terkubur dalam kitab yang lama..BUKAN dalam lembaran yg baru..^_^ InsyaAllah..mungkin smuanya ujian dan cubaan dr Allah utk ana..ana redha dan yakin bahawa Allah tau yg terbaik utk ana..Hidup ini bukan suatu jalan yang mendatar dan dihiasi dengan bunga mawar nan wangi melainkan adakalanya disirami dengan airmata dr insan yang sedang mencari makna kehidupan..



Ya Allah sesungguhnya,
Aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu...



Ya Allah,
Kuatkanlah hati dan semangatku!

"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya."


-Hassan Al-Banna-

10 Disember 2010

Berhijrah Menuju Cahaya Allah

(Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. [Ibrahim (14): 1]
Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. [Al Baqarah (2): 257]
Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman. [Al Ahzab (33): 43]
(Dan mengutus) seorang Rasul yang membacakan kepadamu ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam-macam hukum) supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dari kegelapan kepada cahaya. [Ath Thalaq (65): 11]