Islam Dini. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Semua orang Boleh! Ya! Anda sememangnya layak utk mendapatknnya!

“Sy dah takleh dah,kak..banyak giler kut dosa sy, Allah nak terima lagi ke sy?”

"Sy bukan tau sangat pasal agama ni..entah berapa je pahala sy”

“Doa sy ALLAH nak terima ke?Amal pun kurang,dosa bertimbun..biarlah sy macam ni..sy dah terlajak,takleh nak patah balik lagi..awk lain la..bla..bla..bla “

“Awk tak kenal lagi sy,awk tak tahu apa yang sy pernah buat..sy rasa pintu taubat dah tutup dah untuk sy”

Itulah sebahagian kata-kata yang ana selalu dengar dari orang-orang tertentu. Nak tau tak berita baik?mari sini ana khabarkan,betapa  ALLAH itu Maha Pemurah dalam memberi pahala dan menerima taubat dan sangat kedekut dalam memberi dosa.Cuba la korang nyatakan 1 orang yang paling baik pernah korang jumpa,baik sangat dengan korang (ayah korang ke,kawan baik ke,suami ke,boyfriend/girlfriend ke),bila teringat orang tu,korang tentu rasa senang bila teringatkan akan baiknya orang tu pada korang.Ok,itu baru guna term “sangat”,cuba fikir, term yang disandarkan pada ALLAH adalah “MAHA”, boleh buka kamus dewan tengok huraian perkataan MAHA.

Kalau dah Maha Pemurah,Maha Penyayang,Maha Pengasih,Maha Pengampun dan banyak lagi Maha sudah tentu jangkauan betapa DIA (ALLAH ) dalam sifat-sifat yang disandarkannya jauh melebihi apa yang boleh ditunjukkan oleh manusia, pemurah manusia masih lagi ada hadnya kn?

Ketahuilah,setiap orang sangat berpeluang untuk dapat banyak pahala dan diterima taubat malah yang lebih baik lagi mendapatkan syurga. Bayangkan syurga dengan segala nikmat kat dalamnya ditambah lagi dalam syurga semuanya positif, maksud ana langsung tiada perasaan resah, gelisah, takut, marah, tension dan apa lagi la emosi yang negatif. Cuba bayangkan,ada tak satu tempat kat dunia yang tiada didalamnya penghuni yang tiada rasa resah sedikit pun,yang ada Cuma rasa gembira?.

Mari kita berlumba mendapat keampunan dan pahala!! Sebabnya selagi kita bernyawa, selagi itulah kita ada peluang untuk perbaiki diri kita! OK! Semua kita boleh!
petikan Hadis:

1. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -

2. Di dalam sohih Muslim tercatat : Firman Allah Ta'ala ( maksud ) : Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan