Islam Dini. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

24 Jun 2011

Keberkatan ILMU Dan Redha Guru

(silent mode on~)
Bismillahirahmanirahim..


Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
" Merendah dirilah kamu  kepada guru kamu."

Rasulullah SAW juga bersabda mafhumnya;
 " Sekiranya aku keluar dan mendapati ada dua majlis sedang bersidang dalam satu masa, yakni majlis tilawah Al-Quran dan majlis ilmu, maka aku akn pergi ke majis ilmu kerana aku diutuskan sebagai guru kepada umatku."

 Mu'alim, teacher, sensei atau guru erupakan satu individu yg memainkan peranan yg besar kepada gelombang perjalanan dunia dan masa hadapan. Mereka ini ibarat mesin pencetak manusia yg mencorakkan alam. Namun biasanya insan tidak menghargai peribadi yg berjasa ini.
Hari ini kita mendengar jeritan-jeritan peristiwa mengenai remaja mahupun pelajar yg tidak menghormati guru mereka. Keadan seperti ini melambangkan peribadi masyarakat yg hilang rs hormat kepada guru.
Mengapa kita tidak memandang sebentar ke belakang untuk mengambil pengajaran? Lihatlah, Sultan Muhammad Al Fatih yg amat menghormati gurunya. Dia mengutamakan gurunya dalam semua hal, malah apabila dia diangkat menjadi sultan,maka gurunya turut diajak tinggal sekali di istana. Apabila berperang, dia akn menjadikan gurunya sebagai penasihatnya. Segala indak-tanduknya akan ditanya dan dirujuk dahulu kepada gurunya sedangkan dia ialah seorang sultan.
Lihatlah pula kepada Imam as-Syafi'e, dia akn menyelak helaian kertas bukunya dengan cukup teratur tanpa mengeluarkn bunyi kerana takut mengganggu gurunya yg sedang mengajar. Apabila dia sudah menjadi imam yg amat masyur dan mengasaskan mazhabnya sendiri, dia masih lagi mengaprisiasikan gurunya.


 " KEBERKAHAN ILMU TERLETAK PADA REDHA SEORANG GURU".


Marulah kita hayati sorotan ini. Kita layangkan wajah kita kepada wajah-wajah guru yg bertungkus-lumus mendidik kita menjadi manusia. Apakah kita pernah menghargai mereka? Apakah kita sekadar menyerap ilmu mereka seterusnya menjadi bongkak dan lupa? Bagaimanakah layanan kita terhadap mereka?
Lihatlah, kehidupan kita memang mempunyai kaitan erat dengan guru. Kita pandai bercakap hari ini, kerja tinggi-tinggi,berjawatan besar, hidup mewah, bukankah semuanya hasil penat jerih guru yg mendidik kita yg nakal ketika di sekolah dahulu?
Kita menghormati guru kita?
Baru hendak mengingati mereka semula?
Masih belum terlewat.
Apa kata kita p ziarah mereka?
Ana jamin  ketenangan akan membasahi kehidupan kita jika kita berbuat demikian.
Pada guru itu wujud barakahnya juga...... :) insyaAllah.