Islam Dini. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

13 Ogos 2011

Memelihara Lidah =D

Assalamualaikum~
syukur mode on! A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H..




Setelah sebulan berlalu, tergerak hati ana utk mula menaip lagi..sebenarnya ana sibuk sgt..ye la..SPM dh nk dekat dah..org puteh ckp : "SPM is around the corner"hehe..


Alhamdulillah...
1. Ramadhan dh sampai...
2. Syaitan diikat dan dibelenggu...
3. Jihad melawan nafsu sedang berlangsung...
4. Ganjaran pahala berlipat ganda bulan ni..!! -jd, kta kena bykkan amal ibadah kita..kalau boleh, tambahkn yg  sunat..insyaAllah.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Malam ni ana nk kongsi ckit..perihal lidah..ana harap perkongsian kali ini mampu membuka minda kita tntg bagaimana kita mensyukuri nikmat LIDAH pada setiap hari..insyaAllah.


Memelihara LIDAH~






(Opss! jgn tgk monyet tu~ tgk lidah dia~ ehehehe..)


Lidah merupakan nikmat yg utama yg dikurniakn oleh Allah kpd HambaNya. kenapa ek Allah bagi kita lidah??
jwpnnya: sbb Allah nk kita guna lidah tu utk sentiasa berzikir kpdNya, membaca Ayat2 suciNya..memberi nasihat kpd umat manusia serta menyeru mereka utk mentaati Allah dan mengenalkn kpd mereka apa yg diwajibkan oleh Allah ke atas mereka utk menjungjung tinggi semua hakNya, dan supaya kita boleh meluahkan segala isi hati kita kpdNya..


Sekiranya kita menggunakan lidah tu untuk tujuan kebaikan bermkana kita tergolong dalam golongan yg mensyukuri nikmatNya. Namun..kalau kita menggunakan lidah ke arah ***yg sebaliknya, maka kita tergolongan dlm golongan yg menganiaya diri sendiri dan melanggar perintahNya. Harus kita ingati selalu, lidah tu boleh menarik tuannya kepada kecelakaan sekiranya tidak dipelihara dengan baik...:Nauzubillah:



Imam al-Ghazali berkata: 
“Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. 


Rasulullah SAW bersabda:
 " Barangsiapa beriman kepada Allah dan juga Hari Akhirat, hendaklah dia berkata yg baik, ataupun berdiam diri." - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
   
 " Sesungguhnya seorang hamba akan berbicara dgn kata-kata yg tidak diperhatikan terlebih dahulu, sehingga kerananya ia akn dilontarkan ke dlm api neraka dari sejauh bintang tsuraiya.."


** Jelaslah! bahawa bahaya lidah itu amat besar sekali.. tiada seorang pun yg akn terselamat dari bahaya tersebut termasuklah Diri ana sekali~ KECUALI , dgn berdiam diri dan tidak berkata-kata melainkan jika perlu sahaja. Jika ia dihabiskan dgn membaca Al-Quran dan memperbanyakkn zikrullah adalah seribu kali lebih baik drpd menjerumuskan diri ke dlm perkara-perkara  yg dilarang oleh agama, ataupun pada perkara2 yg tidak ada kena mengena pd diri sendiri...



Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”


Sama2lah kita memperbaiki diri kita ke arah yg lebih baik..Insyaallah..:) Salam.


 * "Sesunggunya Aku bersama kamu berdua. Aku mendengar dan melihat.." *